Thursday 31 October 2013

Mencintai Suami SEPENUH HATI







Biasanya tak jadi masalah seorang isteri menyayangi suaminya sepenuh hati..tapi lelaki ni kadang kadang bila dah tahu diri tu disayangi isteri, makin pulak naik "tocang". Ada pulak..isteri dah cukup elok, dia buat "perangai".. Ada itu isteri dah banyak berkorban, tapi dipandang sebelah mata pun tidak si suami ni.. Ada jugak yang isteri baru bersalin anak pertama, lepas tu suami cabut lari duduk balik ngan mak dia..mungkin takut dengan tanggungjawab, kot! Ada yang lebih teruk, dah banyak lalui masa dan pengalaman bersama isteri, tup tup datang pengaruh orang "ketiga", dia tinggalkan isteri bergantung tanpa tali. Ada jugak yang sanggup menzalimi isteri, dengan tidak beri nafkah, tak sedia kan tempat tinggal (ada jugak case yg paksa isteri duduk ngan mak mertua padahal dia tahu mak dia sendiri tak boleh terima isteri disebabkan Allah saja yang tahu..), diseksa hati isteri tu sedemikian rupa. Tak kurang hebat juga yang mana pengaruh ketiga suruh suami ceraikan isteri yang duk elok lagi.. hmmm.. dah namanya manusia.. pelbagai ragam dan jenis.. 

Jadi bila dapat suami yg macam tertera kat atas tu, nak buat cam mana? Bagaimana nak mencintai suami cam tu sepenuh hati bila hati isteri sendiri dipijak pijak seolah olah seorang isteri tu bukan manusia? 

Mengapa mesti berlaku zalim pada seorang isteri yang banyak berkorban untuk seorang suami? Tidak dinafikan peranan seorang isteri yang perlu taat pada suami.. tapi bagaimana mahu taat pada suami yang zalim? Bagaimana perlu taat pada suami yang tinggalkan isteri terkontang-kanting seorang diri, menjaga anak, dan sebagainya? 

Bila suami masuk syurga, isteri akan ikut masuk syurga.. Bila isteri masuk syurga, belum tentu suami dapat masuk syurga.. Bila isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami jugak akan masuk neraka.. 

Tahu kah seorang suami akan tanggungjawab dan amanah yang Allah beri pada dia? Bila Allah beri sedikit kesenangan, dia lupa dengan manusia yang Allah ciptakan untuknya, kemudian dia jadi alpa pada harta dunia.. dia lupa pada tanggungjawab dia sebagai kahlifah bumi, dan lupa pada amanah yang Allah beri pada dia.. Allah beri semua ni bukan untuk menyusahkan kita..Memang payah namun Allah berfirman, "SesungguhNya, selepas sesuatu kesukaran, akan datang kemudahan.." Dari itu, para suami, jangan dianiaya atau sakiti hati seorang isteri sebab Allah bukakan pintu hati seorang isteri untuk kamu, wahai suami. Dia (isteri) boleh memilih orang lain yang lebih baik dari kamu untuk dijadikan suami namun kerana dengan izin Allah dibukakan pintu hatinya buat seorang lelaki bernama suami... jangan lah disia-siakan nikmat yang Allah beri pada kamu, wahai suami, melalui seorang isteri. 

Jalan dua hala... sebagaimana seorang isteri itu kasih pada suaminya, begitu pula seorang suami yang wajib melindungi isterinya.



IMAN LELAKI

Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias Alhafiz 
Lelaki yang sempurna imannya ialah lelaki yang paling baik dan lembut dengan isterinya.. 

"Maka dengan itu, jangan lokek atau kedekut dengan isteri.. Sebab bila di hari tua kamu nanti, bila kamu sakit terlantar, terbaring tak bermaya, yang bantu kamu, yang bersihkan kamu adalah isteri kamu sendiri... bukan adik kamu, bukan mak bapak kamu, bukan abang kamu, anak..belum tentu dia akan buat... ISTERI kamu sendiri yang akan lakukan semua itu.. maka hargai lah seorang isteri ini.. jangan marah pada mereka kalao kamu tak suka satu perangainya, sayangilah perangainya yang lain.."


Indahnya Islam terhadap wanita yang bergelar isteri...

#JANGAN SAKITI HATI ISTERI



Soalan : "kalao isteri sakitkan hati suami, derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami yang sakiti hati isteri?" 

Jawapan UAI:BERDOSA jugak lah.. cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai derhaka pada Allah..." Allah itu Maha Adil.. SesungguhNya Allah menyayangi kaum wanita dan para isteri.. Perkahwinan dalam Islam takde istilah berat sebelah.. mengikut hukum, ianya Adil..kerana Allah jadi suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain.Jadi, para suami, jangan lah kerana anda suami, boleh suka suka sakitkan hati isteri, konon kerana anda suami, isteri tak berhak bersuara, isteri tidak berhak berkata apa, isteri tak berhak itu ini.. dalam Islam, isteri punya hak untuk bersuara dan jika dia terlancang kata, didik lah dia dengan lembut dan diplomasi..Bukan ke lelaki itu punya sembilan akal dan wanita itu hanya ada satu akal?Fikirkan lah.. sebanyak mana anda fikir kuasa suami itu boleh menzalimi isteri walaupun dengan kata kata anda, ingatlah Allah itu Maha Melihat, Dia Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi... Dengan izin Allah, dia (isteri) dijadikan halal buat anda bukan untuk dizalimi walaupun dengan kata kata anda..

Kerana isteri, rezekimu bertambah Kerana isteri,maka lahirlah zuriatmuKerana isteri,makan pakaimu dijagaKerana isteri,tenang hatimuKerana isteri,lembut pemandangan matamuKerana isteri adalah satu satu manusia yang bisa melihat setiap cacat celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan masih menerimamu seadanya.



Jangan lah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimatamu, ianya besar bagi dirinya..setiap peluh yang menitik yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda..Yakin lah dengan pilihan Allah buat kita. Jodoh itu adalah pilihan yang tepat dari Allah... jangan diubah setiap nikmat yang Allah beri pada kita.. Ucapkan.. "Alhamdulillah.."


x

Friday 27 April 2012

~sajak buat palestin~




Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana
Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa
Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

http://www.fazdli.com/lain-lain/sajak-untuk-palestin


~RinDu mEngUnDanG Lagi~



Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang2 bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi (:





~syUrGa sUami~

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:



“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)


Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.


Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)


Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia


“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”


Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.


Disebalik anugerah Allah itulah suami akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.


Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?


Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?


Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:


“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)


Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.


Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)


Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:


“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)


Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.


Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak suami yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum suami sempurnakan dan tunaikan.


Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurga suamiku.











Friday 20 April 2012

~HijaB SanG PerinDu SyUrGa~


“ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.
ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.
agar tunduk disaat yang lain angkuh.
agar teguh disaat yang lain runtuh.
agar tegar disaat yang lain terlempar.
agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya..”

Assalamualaikum wahai bakal penghuni syurga yang insya Allah akan menemuiNya dengan penuh cahaya kebanggaan..Apa khabar iman para mujahid?Dan apa khabar jiwa-jiwa  bidadari syurga?Alhamdulillah..lakarkan kesyukuran kita semua pada hadrat illahi..di sini kite dapat bersama,menikmati lagi curahan ilmu yang dapat sedikit sebanyak ana kongsikan sebagai  hamba yang dhaif..Tentu sahabat-sahabat tertanya-tanya..ada apa dengan tajuk tu? Terus terang aku katakan.tajuk itu memeberi seribu satu persoalan dan jawapan bagi kite..

Ku biar kalam berbicara..menghurai maksud dijiwa.agar mudah ku mengerti,segala yang terjadi..sudah suratan illahi..aku ingin bicara tentang SYURGA!

Menelusuri perjalanan dalam meraih redhaNya..pernahkah anda menangis? Jatuh terduduk menangis hiba? Difitnah? Dimaki? Dan kadang-kadang anda merasakan anda langsung tak layak untukNya,,?Wahai mujahid dan mujahidah yang selalu ana rindukan..

Cuba anda renung kisah ini..moge jadi penenang luka dihati dalam menghadapi lelah di jalan dakwah…moge Allah kasih..

Ustadz, dulu aku merasa semangat dalam dakwah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan aku melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.” Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam.
Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. “Lalu, apa yang ingin …antum lakukan setelah merasakan semua itu?” sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.
“Aku ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Aku kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang aku geluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, aku sendiri saja…” jawab mad’u itu.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
“Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat rapuh. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna dalam.
Sang mad’u terdiam berpikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.
“Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” sang murabbi mencuba memberi kata.
“Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan ganas datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?” serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad’u.
Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
“Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?” Pertanyaa ini menghujani jiwa sang mad’u. Ia hanya mengangguk.
“Bagaimana bila ternyata kereta yang antum pandu dalam menempuh jalan itu temyata rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di jalan, atau mencuba memperbaikinya?” tanya sang murabbi lagi.
Sang mad’u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya.
Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, “Cukup ustadz, cukup. Aku sedar. Maafkan aku. Aku akan tetap istiqamah. Aku berdakwah bukan untuk mendapat mendapat penghormatan. Atau agar setiap kata-kata aku diperhatikan…”
“Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Aku akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan aku kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang aku rasakan jadi pelebur dosa-dosaku”, sang mad’u berazzam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.
Sang murabbi tersenyum. “Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah.”
“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta’ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”
“, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” sambungnya panjang lebar.
“Kita bukan sekadar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafi rpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.”
“Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!”
Sang mad’u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut dihatinya.
“Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kedudukan ana yang lemah ini?” sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
“Siapa bilang kedudukan antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kemampuan yang berbeda. Namun tidak ada yang bisa menilai, bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!” sahut sang murabbi.
“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sebuah isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya.”
Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad’unya yang lain dari asyik tidurnya.
Malam itu, sang mad’u menyadari kekhilafannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini..Dalam samudera tarbiyah ini..
Allahuakbar! Kerana kita perindu SYURGA!...
wassalam~.