Thursday, 31 October 2013
Mencintai Suami SEPENUH HATI
Biasanya tak jadi masalah seorang isteri menyayangi suaminya sepenuh hati..tapi lelaki ni kadang kadang bila dah tahu diri tu disayangi isteri, makin pulak naik "tocang". Ada pulak..isteri dah cukup elok, dia buat "perangai".. Ada itu isteri dah banyak berkorban, tapi dipandang sebelah mata pun tidak si suami ni.. Ada jugak yang isteri baru bersalin anak pertama, lepas tu suami cabut lari duduk balik ngan mak dia..mungkin takut dengan tanggungjawab, kot! Ada yang lebih teruk, dah banyak lalui masa dan pengalaman bersama isteri, tup tup datang pengaruh orang "ketiga", dia tinggalkan isteri bergantung tanpa tali. Ada jugak yang sanggup menzalimi isteri, dengan tidak beri nafkah, tak sedia kan tempat tinggal (ada jugak case yg paksa isteri duduk ngan mak mertua padahal dia tahu mak dia sendiri tak boleh terima isteri disebabkan Allah saja yang tahu..), diseksa hati isteri tu sedemikian rupa. Tak kurang hebat juga yang mana pengaruh ketiga suruh suami ceraikan isteri yang duk elok lagi.. hmmm.. dah namanya manusia.. pelbagai ragam dan jenis..
Jadi bila dapat suami yg macam tertera kat atas tu, nak buat cam mana? Bagaimana nak mencintai suami cam tu sepenuh hati bila hati isteri sendiri dipijak pijak seolah olah seorang isteri tu bukan manusia?
Mengapa mesti berlaku zalim pada seorang isteri yang banyak berkorban untuk seorang suami? Tidak dinafikan peranan seorang isteri yang perlu taat pada suami.. tapi bagaimana mahu taat pada suami yang zalim? Bagaimana perlu taat pada suami yang tinggalkan isteri terkontang-kanting seorang diri, menjaga anak, dan sebagainya?
Bila suami masuk syurga, isteri akan ikut masuk syurga.. Bila isteri masuk syurga, belum tentu suami dapat masuk syurga.. Bila isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami jugak akan masuk neraka..
Tahu kah seorang suami akan tanggungjawab dan amanah yang Allah beri pada dia? Bila Allah beri sedikit kesenangan, dia lupa dengan manusia yang Allah ciptakan untuknya, kemudian dia jadi alpa pada harta dunia.. dia lupa pada tanggungjawab dia sebagai kahlifah bumi, dan lupa pada amanah yang Allah beri pada dia.. Allah beri semua ni bukan untuk menyusahkan kita..Memang payah namun Allah berfirman, "SesungguhNya, selepas sesuatu kesukaran, akan datang kemudahan.." Dari itu, para suami, jangan dianiaya atau sakiti hati seorang isteri sebab Allah bukakan pintu hati seorang isteri untuk kamu, wahai suami. Dia (isteri) boleh memilih orang lain yang lebih baik dari kamu untuk dijadikan suami namun kerana dengan izin Allah dibukakan pintu hatinya buat seorang lelaki bernama suami... jangan lah disia-siakan nikmat yang Allah beri pada kamu, wahai suami, melalui seorang isteri.
Jalan dua hala... sebagaimana seorang isteri itu kasih pada suaminya, begitu pula seorang suami yang wajib melindungi isterinya.
IMAN LELAKI
Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias Alhafiz
Lelaki yang sempurna imannya ialah lelaki yang paling baik dan lembut dengan isterinya..
"Maka dengan itu, jangan lokek atau kedekut dengan isteri.. Sebab bila di hari tua kamu nanti, bila kamu sakit terlantar, terbaring tak bermaya, yang bantu kamu, yang bersihkan kamu adalah isteri kamu sendiri... bukan adik kamu, bukan mak bapak kamu, bukan abang kamu, anak..belum tentu dia akan buat... ISTERI kamu sendiri yang akan lakukan semua itu.. maka hargai lah seorang isteri ini.. jangan marah pada mereka kalao kamu tak suka satu perangainya, sayangilah perangainya yang lain.."
Indahnya Islam terhadap wanita yang bergelar isteri...
Lelaki yang sempurna imannya ialah lelaki yang paling baik dan lembut dengan isterinya..
"Maka dengan itu, jangan lokek atau kedekut dengan isteri.. Sebab bila di hari tua kamu nanti, bila kamu sakit terlantar, terbaring tak bermaya, yang bantu kamu, yang bersihkan kamu adalah isteri kamu sendiri... bukan adik kamu, bukan mak bapak kamu, bukan abang kamu, anak..belum tentu dia akan buat... ISTERI kamu sendiri yang akan lakukan semua itu.. maka hargai lah seorang isteri ini.. jangan marah pada mereka kalao kamu tak suka satu perangainya, sayangilah perangainya yang lain.."
Indahnya Islam terhadap wanita yang bergelar isteri...
#JANGAN SAKITI HATI ISTERI
Soalan : "kalao isteri sakitkan hati suami, derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami yang sakiti hati isteri?"
Jawapan UAI:" BERDOSA jugak lah.. cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai derhaka pada Allah..." Allah itu Maha Adil.. SesungguhNya Allah menyayangi kaum wanita dan para isteri.. Perkahwinan dalam Islam takde istilah berat sebelah.. mengikut hukum, ianya Adil..kerana Allah jadi suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain.Jadi, para suami, jangan lah kerana anda suami, boleh suka suka sakitkan hati isteri, konon kerana anda suami, isteri tak berhak bersuara, isteri tidak berhak berkata apa, isteri tak berhak itu ini.. dalam Islam, isteri punya hak untuk bersuara dan jika dia terlancang kata, didik lah dia dengan lembut dan diplomasi..Bukan ke lelaki itu punya sembilan akal dan wanita itu hanya ada satu akal?Fikirkan lah.. sebanyak mana anda fikir kuasa suami itu boleh menzalimi isteri walaupun dengan kata kata anda, ingatlah Allah itu Maha Melihat, Dia Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi... Dengan izin Allah, dia (isteri) dijadikan halal buat anda bukan untuk dizalimi walaupun dengan kata kata anda..
Kerana isteri, rezekimu bertambah Kerana isteri,maka lahirlah zuriatmuKerana isteri,makan pakaimu dijagaKerana isteri,tenang hatimuKerana isteri,lembut pemandangan matamuKerana isteri adalah satu satu manusia yang bisa melihat setiap cacat celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan masih menerimamu seadanya.
Jangan lah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimatamu, ianya besar bagi dirinya..setiap peluh yang menitik yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda..Yakin lah dengan pilihan Allah buat kita. Jodoh itu adalah pilihan yang tepat dari Allah... jangan diubah setiap nikmat yang Allah beri pada kita.. Ucapkan.. "Alhamdulillah.."
x
Subscribe to:
Posts (Atom)