Friday, 27 April 2012

~sajak buat palestin~




Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana
Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa
Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

http://www.fazdli.com/lain-lain/sajak-untuk-palestin


~RinDu mEngUnDanG Lagi~



Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang2 bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi (:





~syUrGa sUami~

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:



“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)


Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.


Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)


Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia


“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”


Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.


Disebalik anugerah Allah itulah suami akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.


Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?


Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?


Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:


“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)


Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.


Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)


Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:


“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)


Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.


Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak suami yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum suami sempurnakan dan tunaikan.


Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurga suamiku.











Friday, 20 April 2012

~HijaB SanG PerinDu SyUrGa~


“ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.
ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.
agar tunduk disaat yang lain angkuh.
agar teguh disaat yang lain runtuh.
agar tegar disaat yang lain terlempar.
agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya..”

Assalamualaikum wahai bakal penghuni syurga yang insya Allah akan menemuiNya dengan penuh cahaya kebanggaan..Apa khabar iman para mujahid?Dan apa khabar jiwa-jiwa  bidadari syurga?Alhamdulillah..lakarkan kesyukuran kita semua pada hadrat illahi..di sini kite dapat bersama,menikmati lagi curahan ilmu yang dapat sedikit sebanyak ana kongsikan sebagai  hamba yang dhaif..Tentu sahabat-sahabat tertanya-tanya..ada apa dengan tajuk tu? Terus terang aku katakan.tajuk itu memeberi seribu satu persoalan dan jawapan bagi kite..

Ku biar kalam berbicara..menghurai maksud dijiwa.agar mudah ku mengerti,segala yang terjadi..sudah suratan illahi..aku ingin bicara tentang SYURGA!

Menelusuri perjalanan dalam meraih redhaNya..pernahkah anda menangis? Jatuh terduduk menangis hiba? Difitnah? Dimaki? Dan kadang-kadang anda merasakan anda langsung tak layak untukNya,,?Wahai mujahid dan mujahidah yang selalu ana rindukan..

Cuba anda renung kisah ini..moge jadi penenang luka dihati dalam menghadapi lelah di jalan dakwah…moge Allah kasih..

Ustadz, dulu aku merasa semangat dalam dakwah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan aku melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.” Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam.
Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. “Lalu, apa yang ingin …antum lakukan setelah merasakan semua itu?” sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.
“Aku ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Aku kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang aku geluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, aku sendiri saja…” jawab mad’u itu.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
“Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat rapuh. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna dalam.
Sang mad’u terdiam berpikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.
“Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” sang murabbi mencuba memberi kata.
“Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan ganas datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?” serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad’u.
Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
“Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?” Pertanyaa ini menghujani jiwa sang mad’u. Ia hanya mengangguk.
“Bagaimana bila ternyata kereta yang antum pandu dalam menempuh jalan itu temyata rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di jalan, atau mencuba memperbaikinya?” tanya sang murabbi lagi.
Sang mad’u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya.
Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, “Cukup ustadz, cukup. Aku sedar. Maafkan aku. Aku akan tetap istiqamah. Aku berdakwah bukan untuk mendapat mendapat penghormatan. Atau agar setiap kata-kata aku diperhatikan…”
“Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Aku akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan aku kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang aku rasakan jadi pelebur dosa-dosaku”, sang mad’u berazzam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.
Sang murabbi tersenyum. “Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah.”
“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta’ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”
“, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” sambungnya panjang lebar.
“Kita bukan sekadar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafi rpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.”
“Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!”
Sang mad’u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut dihatinya.
“Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kedudukan ana yang lemah ini?” sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
“Siapa bilang kedudukan antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kemampuan yang berbeda. Namun tidak ada yang bisa menilai, bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!” sahut sang murabbi.
“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sebuah isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya.”
Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad’unya yang lain dari asyik tidurnya.
Malam itu, sang mad’u menyadari kekhilafannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini..Dalam samudera tarbiyah ini..
Allahuakbar! Kerana kita perindu SYURGA!...
wassalam~.


Thursday, 19 April 2012

~PemiLik HaTikU HanYa DIA~






"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."


-- An-Nisa': 1

Assalamualaikum,DEngan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmatNya dan hidayahNya Yang Maha Esa.Dalam kekalutan dunia pada tika ini daku amat berharap agar Allah sudi mengampuni dosa kita semua.Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya,dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil,dalam keadaan manusia tidak lagi dapat menentukan yang mane pahala dan dose.Moge2 doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang-kala lupa padaNya.Kadangkala kita ingat kepadaNya tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya.

Buat permata islam yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi.Sesungguhnya islam itu bukan sekadar agama tetapi adalah cara hidup kita.Sama ada kita berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,atau dengan perkataan yang lebih mudah,bermulanya kehidupan kita dari bangun tidur sehingga kembali tidur.Semuanya Allah telah gariskan untuk kita.Hatta,sebelum kita lahir,sehinggalah kita ditempatkan dalam liang lahad.Islam juge telah mengajar caranya,seringkali kite mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya”

Tapi sayang sekali kita yang merendah-rendahkannya,kita yang menjauhkan diri daripadanya,bahkan kita malu apabila islam itu menjadi identity kita.Kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi buat kita sehingga kita lupa pada Allah sedang memerhatikan kita kullu lahzah.Masya Allah.Kita tahu adanya Allah tetapi kenapa kita melanggari perintahNya??Amar makruf nahi mungkar sering terabai!Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi Segala Nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya.Astaghfirullah!!!Kita tahu benarnya Al-quran,tetapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya.Kita juga tahu adanya dosa dan neraka,bahkan tahu adnya syurga dan neraka.Tapi kita masih tidak memperdulikan perintah Allah Yang Maha Kuasa.

Buat mutiara islam yang Insya Allah bergemerlapan di bumi Allah.Prof Dr Hamka pernah berkata:kita boleh meghitung usia kita yang telah kita gunakan,tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”.Persoalannya..Bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung didalam jasad kita sudah habis digunakan.Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT dalam Hadith QudsiNya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah R.A,Aku sesuai dengan dugaan hambaku kepadaKu.Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu,jika dia ingat Aku dalam hatinya,Aku akan mengingatinya dalam hatiKU,Dan jika dia ingat kepadaku dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khlayak ramai yang lebih baik.Dan jika dia mendekatiKu sejengkal,Aku pun akan mendekatinya sehasta,Dan jika dia mendekatiKU sehasta,nescaya Aku akan mendekatinya sedepa.Dan jika dia datang kepadaKU berjalan,maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”                                                              Hadis riwayat:syaikhani dan Tarmizi

Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan sesungguhnya Allah masih mengampunkan dosa kita.Subhanallah!Baiknya Allah.Oleh itu,kembalilah kepadaNya andaikata hidup ini jauh dari landasan yang dituntutNya.Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang makhlukNya.Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu.Kumohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimutetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu.Semoga dirahmati Allah selalu.Bertemu lagi.Kalau tidak didunia,Insya Allah di SYURGA FIRDAUS nanti.Ingat!Lakukan amalmu seiring dengan bicaramu.Bukan hanya petah berdakwah,tapi tidak mengikuti apa yang didakwah.Wassalam.

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Monday, 16 April 2012

~aSaL UsuL BanGsa KaDazan~


kaDazaN

aSaL-uSuL KaDazaN-DuSuN




Kadazan-Dusun, satu kaum pribumi/penduduk asal yang kini menjadi majoriti Negeri Sabah adalah satu kaum yang memiliki budaya dan warisan yang unik. Contohnya dari segi asal-usul, bahasa, pakaian muzik dan tarian tradisional dan Perayaan Kaamatan yang disambut setiap tahun diseluruh Sabah

Dari segi asal-usul, Kaum Kadazan-Dusun menceritakan tentang kelahiran kaum ini dari lagenda “Nunuk Ragang” yang berusia ribuan tahun sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran Kaum ini ke seluruh Negeri Sabah diBawah Bayu.



Kaum ini juga telah mempengaruhi perjalanan sosio-budaya negeri Sabahitu sendiri dan membentuk kuasa politik bagi mempertahankan hak, warisan dan budaya kaum mereka dan seterusnya mengangkat martabat Kadazan-Dusun itu sendiri





Pada masa kini, kaum Kadazan dikaitkan dengan kaum Dusun serta pelbagai lagi pribumi lain dibawah istilah “kadazan-dusun”. Istilah ini diterima-pakai setelah dipersetujui oleh satu badan bukan politik ( NGO ) , KCA (Kadazan Cultural Association) dalam mensyuarat ke-5 mereka dan kemudianya ditukar menjadiKadazan-Dusun Cultural Association (KDCA).



Dalam mesyuarat pada 4 dan 5 Nov. 1989, telah diputuskan bahawa ini cara terbaik dalam menyelesaikan krisis identityKadazan dan Dusun yang telah melumpuhkan pertumbuhan dan pembangunan etnik-etnik Kadazan-Dusun dari segi Sosio-Budaya, Ekonomi dan Politik sejak sentiment perkauman Kadazan dan Dusun dipolitikkan dalam era 1960-an



Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa,budaya meskipun terdapat perbezaan dalam dialek percakapan. Perbezaan kedua-dua kaum ini hanyalah pada kedudukan geografi/tempat . Kadazan biasanya mendiami kawasan delta/lembah dan menjalankan aktiviti pertanian, manakala Dusun pula mendiami kawasan berbukit/gunung serta menjalankan aktivi Pertanian


Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; �


Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.






Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan dalam suku-kaum Kadazan-dusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. 


PaKaiaN



Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya suku-kaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. 







Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan. 



Upacara Perkahwinan





Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. 





 Tarian Sumazau


mUziK daN TaRiaN


Tarian Sumazau dan tagung biasanya dimainkan ketika majlis-majlis perayaan serta kenduri-kenduri terutamanya majlis Perkahwinan.

Kumpulan Tagung

Kaum Kadazan mempunyai Tarian serta Muzik yang unik dan tersendiri. Sumazau adalah tarian berpasangan diantara Lelaki dan Perempuan dan Kumpulan Lelaki dan Perempuan. Biasanya tarian ini akan diiringi oleh satu simfoni alat muzik yang dipanggil Tagung, Kulintangan serta Sompoton.

Kulintangan

Warisan muzik Kadazan terdiri daripada himpunan alat muzik iaitu Tagung (Gong gansa yang diperbuat daripada tangan/ hand-made ) yang biasanya digantung dan dimainkan bersama Kulintangan (sejenis kumpulan gong yang diletakkan diatas lantai) serta Sompoton ( alat muzik yang ditiup ) 
 SomPoton





Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. 






Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau"  yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik. 

Unduk Nadau ( Ratu Cantik )




maKaNaN tRaDisiONaL


Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialahAmbuyatHinavaNoonsomPinaasakanBosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun


Ambuyat

Makanan Kadazan kontemporari dipengaruhi oleh hidangan turun-temurun dan hidangan cina, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian unik dan nuansa sertapenggunaan tertentu barang makanan boleh didapati di sini, terutama pucuk-pucuk rebungsagu dan ikan air tawar. 'pinasakan' adakah salah satu  hidangan kadazan yang paling popular, yang pada asasnya adalah satu bentuk ikan air tawar jeruk

Hinava


Satu lagi hidangan biasa ialah 'hinava', yang ialah satu bentuk saladdengan kepingan-kepingan ikan mentahperia, serta bahan-bahan lainHinava adalah sama seperti kepada ceviche iaitu ikan diperapkan dalam buah sitrus. 'bambangan' buah biasanya dimakan dengan hidangan-hidangan sebagai satu pembuka seleraSatu lagi pembuka selera popular biasa dimakan ialah mangga hijaubiasanya dicampur dengan kicap dan cili.









AgaMa

Majoriti Kadazan adalah menganut Agama Kristian terutamanya Khatolik dan terdapat juga Protestants. Agama Islam juga turut diamalkan secara minoriti dan bilanganya semakin meningkat hasil daripada perkahwinan campur atau tarikan agama Islam itu sendiri.

PengKristianan berlaku apabila mubaligh-mubaligh British datang dalam pertengahan abad ke-19.Sebelum itu, kepercayaan utama masyarakat Kadazan adalah Animisme, iaitu satu kepercayaan terhadap roh-roh ( semangat ) nenek moyang dan berpusat kepada satu semangat atau entiti yang dipanggl Kinoingan. Kepercayaan ini merangkumi kepercayaan terhadap semangat yang menjaga hasil penanaman dan penuaian beras/padi.  




Bobohizan


Selama bergenerasi, ritual khas dan persembahan yang dilakukan pada sebelum dan selepas setiap Tuaian oleh seorang paderi/pawing/ketua ritual Perempuan yang dikenali sebagaiBobohizan

walau masyarakat kadazan itu sendiri telah mengamalkan pelbagai agama tetapi mereka tetap tidak pernah melupakan adat-adat atau ritual-ritual warisan mereka.




LaGeNda nUnuK RaGanG



Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.


Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk Ragang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tampias" dalam daerah Ranau pada hari ini.



tEOri SaiNs sOsiaL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.








Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menceritakan bahawa Kadazan-dusun berasal dari  "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak secara kasar berkedudukan di Tampias
di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitusungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). 


Tugu Nunuk Ragang



Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.


Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.
Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk , penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. 

Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. Aragang/Ragang bermaksud Merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Tugu NuNuk Ragang Di Tampias,Ranau

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

kehidUpaN maSyaRaKat nUnUk RaGaNg

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).



LaGeNda pEsTa kEaMaTaN





Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.


aSaL uSuL MaGaVaU

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.


Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundumempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodunitu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".



Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran

TaRaF pRiBuMi

Menjadi Pribumi Sabah, sebahagian daripada Malaysia, kaum Kadazan-dusun mempunyai hak politik yang samahak-hak ekonomi dan pendidikan sama seperti orang Melayu Malaysia dan pribumi lain Taraf ini digelar Bumiputra (dari Sanskrit Bhumiputra), sepatah perkataan Melayu, yang diterjemahkan untuk 'Anak-anak Bumi/penduduk asal'


PeNuTuP






Kaum Kadazan-Dusun sememangnya memiliki budaya yang asli,unik dan menarik. Justeru itu, melalui laman ceritasatumalam.blogspot.com sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" . Semoga budaya dan warisan ini dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi akan datang

By

LoLo86

dediCated tO


InDra SharMiLLa Bt. Agat
dari KamPuNg aMbiNaHaToN / Kg.BaWaN
~mEmbaKuT~

aNd tO aLL

Kadazan-Dusun's peOpLe

kOtuLuaDaN

tEriMa kaSiH
cOpy :